Tuesday, October 11, 2011

7 perkara ganjil

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam.. 

Friday, October 7, 2011

11 golongan ahli neraka







‎11 GOLOGAN AHLI NERAKA

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-

kelompok." 

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan 

oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.


Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat."

* Sapa2 yang nak share xperlu mintak kebenaran,sudah menjadi tanggungjawab kita semua berpesan2 dan ingat mengingati.. (^_^)

Sunday, September 25, 2011

SPM memberi kesedaran pada aku

Semakin hari , semakin nak naik gilew aku dibuatnye
tinggal sebulan lebih lagi nak SPM
kalau boleh aku tak nak r ambik SPM!!
tapi nak buat macam mane terpaksa jugak ambik..

tapi dekat2 nak SPM banyak jugak perubahan berlaku pada diri aku
dulu aku ni tergolong dari orang yang terlebih makan vitamin M(malas)
kadang2 solat tak cukup, kuat bermain n kurang study
teruk jugak akukan.. tapi aku jujur yang aku ni tak perfect macam korang sume

tapi alhamdulilah dekat2 SPM ni banyak memberi kesedaran pada aku
aku berubah sedikit demi sedikit, n aku jadi seorang yang rajin
selalu bersolat , sekarang tak main2 dah n selalu study
banyak kesan effect berlaku kat aku sejak masuk hari2 exam

kadang2 sedih juga r bub terpaksa berkorban mase dengan orang yang aku sayang
aku terpaksa r buat macam ni bub aku nak fokus pada SPM tahun ni
tapi mase time sekolah je aku tak message n col dia
mase cuti aku col la nak berbual ngan dia untuk lepaskan rindu aku pada dia
gilew asyik mengadap buku je, minda kite perlu rehat jugak..
tapi untuk bulan2 SPM je, lepas SPM boleh r aku chat ngan dia selalu..setiap saat..huhu..

k la malas r nak cite banyak2 ea..
aku saje2 je buat post ni untuk lepaskan tension aku
tak wajib pon untuk korang bace bub sal diri aku gak yang tengah tension
n post ni aku x sedap ane r n skema je ayat2 aku ni, malas ekpown nak perah idea..
aku harap r ade jugak pengajaran untuk korang..hehe
k la.. couw lu.. salam..

matahari PINK ?


aku tergelak sorang tengok gambar ni mcam orang gilew
tapi aku suke r, slamber je jawapan "sampai matahari tu jadi warna pink" apa celup?
sampai kiamat pon matahari takkan berubah warna pink la derr..
tapi ade sedikit jgk maksud2 dialog tu.. maknanye sayang dia sampai bile2.. sampai bile2!
sesape yang ade GF tu, sayangilah GF anda sebelum GF anda sayangi orang laen..
cakap je " saya sayang awak" kalau malu sangat nak cakap, cakap je word yang paling easy dalam dunia ni
 " I LOVE U" sampai beribu2 kali confirm dia sayang kat lue la beb!! caye la cakap gua!! ..
 PERCAYA ATAU TIDAK, IKUT SUKE RENTAK HATI ANDA

Sunday, September 18, 2011

lelaki idaman seorang wanita hamba Allah ...


Lelaki idaman… 

Seorang lelaki yang aku idamkan 
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa… 
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha 
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi 
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah 
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya 

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran 
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran 
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan 
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran 
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran 

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil 
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman 
Pada wanita yang bukan mahramnya 
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya 
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya 
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya 
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya 
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran 
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi 

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa 
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat 
Papa memiliki akhlak mazmumah 
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan 
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia 
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya 
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri 
Dia mahu menjadi seorang syuhada 
Yang syahid di jalan Maha Esa


Saturday, September 17, 2011

awak col saya gemuk!!

gemuk..??sape gemuk?..aku la..
 aku ni x r gemuk ane pon.. klau dlu gemuk r.. 
mase saya form 3 berat aku 70 kg.. ah! 7o kg! gilew..
 aku pon kejut jugak mase tu.. mmg susah nk percaye..
tapi gitu r memang fakta.. aku pon x sedar bile mase tau badan aku naek...
aku ni pantang jumpe mkanan depan mata aku.. 
lau jumpe makanan , aku lantak sumenye smpai prut aku ni nk pecah ase..hehe..

tapi sekarang alhamdulilah.. berat aku turun..
mase aku form 4 berat aku turun 5 kg.. fuhh.. dashyat guh!..
aku pon x tau nape tibe2 berat badan aku turun..
aku x hisap rokok pon.. mybe aku banyak sgt maen aktiviti kot...
bub mase form 4 aku aktif lam sukan ..
sume sukan aku msuk je x kire dh pndai ke x.

sekarang ni aku form 5,
berat aku turun 3 kg.. sekarang ni berat 62 kg..suke3 aku rase..haha..
tp aku tetap dipanggil gemok oleh GADIS CRAYON is my gf..hehe.
dia slalu mengusik aku, n pnggil aku gemok.. hubbie gemok2x.. mmg sial la puih!hahaha..
tapi aku x kesah pon.. aku pon confuse sekarang ni aku gemok ke x sbb dia col aku gitu..hahaha..
tapi sekarang alhamdulilah badan aku rase sihat walafiat..
bub sekarang ni aku selalu exercise and pergi gim..
sbb trase ngan kate2 dia..huhu..

ok tu je cite aku ari ni.. nk g melantak lak.. k daa.. peace no war ^_^












budak pipi tembam!!


ai.. name caye ADEEB dak pipi tembam.. 
org col caye dax bulat bub caye ni gemuk n montel..
tapi caye cutekan.. lau x percaye tgk pic caye CUMEL!!!hahaha... sial la puih!!










Thursday, September 8, 2011

uit.. jum kenalan dgn mr. koboi

hai... aku adlh MR. KOBOI..
mesti korang aku ni minat koboikn..
x r mane ade, aku minat r ckit2 sal koboi  ni..
aku saje je gune name koboi sebagai identiti suke2 je..
n nak glamour.. klau boleh r..

about aku simple je..
suke layan lagu n layan internet..
suke aktiviti yg extrem n mencabar ..
suke berjongging n pergi gim for kesihatan..
aku suke berpakaian yg simple je tp kemas ..

impian aku ingin jd org yang berjaya lam idup..
ingin mnjadi laki yg bertanggungjawad n lebih mature..
lepas SPM 2011 aku akn mulakan kehidupan aku di luar sana..
n akan menempuhi hidup yang lebih mencabar lagi dlm hidup aku..

aku terima sesape saje yang mau jadi kawan aku... 
aku x sombong pon dgn sape2 .. ^_^
aku harap boleh bagi korang cite yang best!!
n kita boleh berkongsi cite kt blog..
jangan lupe komen n follow blog MR KOBOI..
kate nk kenal..huhu..
 k daa.. SALAM!